Perth - Part 1

4:16:00 PM

Song: The Cup Song - Anna Kendrick

Actually haritu aku ada bukak satu travel blog. But then, malas la nak handle banyak2 blog ni. So, mari lah kita post kat sini je.

Kalau fikir - fikir macam keji je sebab after hampir setahun baru nak update pasal Perth. Haha.. Since masih dikira fresh in my memory, mari lah kita update. Yang previous ones, tunggu nanti aku carik balik nota yang aku tulis pastu aku update after Perth entry, ok?

I went to Perth on last year's November - heh..malas nak ingat tarikh. Sebelum tu, aku tengah belek - belek la website AirAsia ni..ye laaa tengah promo kan.. Duit pun still berkepuk kepuk time tu sebab baru lepas bonus *rolling eyes* Memula kekonon nak pergi Jogja..dah confirm ni dalam kepala hotak.. Taktau la kenapa tangan ni gatal pulak nak check tickets pergi Perth. Sekali keluar..RM550++ je uolls for return tickets! Tapi masa tu takde la terus beli. Balik kerja terus balik rumah..tenangkan diri dulu. Setelah tambah tolak darab bahagi, akhirnya beli jugak. Hahaha... Memula tu book sensorang... Then my friend, Bawani pun nak ikut.. Lepas beberapa hari Cik Panda dan adik dia pun nak ikut jugak.

Aku tukar duit last minute..masak ok tukar duit time tu.. Menyesal sangat tak tukar awal. Dahla masa tu dah tak keje..

Kitorang masa tu naik flight pukul 12am and sampai Perth lebih kurang hampir pukul 6am. Oh ye..masa kitorang pergi tu, tengah summer..sampai sampai je kitorang disambut oleh udara sejuk yang segar dan matahari terbit. Ok ini tips kalau nak travel ke Australia: sila check dahulu makanan/barang yang boleh/tidak boleh dibawa ke Australia. You can check it here: https://www.border.gov.au/Trav/Ente/Brin . Aku haritu tak bawak makanan apa pun dari Malaysia..  Malas...

Keluar - keluar je dari airport, kitorang terus amik taxi ($46) ke Mountway Holidays Apartment in Perth CBD. Perjalanan dari airport ke apartment mengambil masa lebih kurang 20 mins camtu.  Masa masuk dalam taxi tu boleh taxi driver tu ingat kan kitorang ni burmese.. Sabo jelaaaa.. Hahaha..

Disebabkan malas nak berpindah randah, kitorang book terus apartment tu for 5 nights (RM460/pax). Segala urusan book tempat tinggal dan sewa kereta diuruskan oleh mak hayam Cik Panda. Our apartment is located in Perth CBD and yang bestnya jugak it is not far from Kings Park.



Since it was still early, and their office only open at 8am, kitorang tinggalkan luggage and walk around the city to find a place to have our breakfast sebab kitorang dah laperrr sangat. Kitorang pun berjalan la sampai St. George's Terrace and we had our first breakfast in Perth @ Basilica!  Teringat - ingat kesedapan croissant kat situ..ehh semua la sedap! Their coffee pun sedap. On the last day pun we had our last breakfast in Perth kat sini. Note: This coffee place is NON HALAL

First day kat sana, memang kurang sikit gambar sebab hp habis bateri. Ngeh ngeh..

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.. Lepas makan, kitorang pun berjalan balik ke apartment. Tengah berjalan balik tu dah start buat perangai kecoh..nampak lelaki lelaki hensem punya pasal bahahaha..hampir hilang semua kesopanan dan ciri ciri perempuan Asia. Most of people kat sana, pergi kerja jalan kaki je uolls..ada yang naik basikal. Yang paling salute, ada sorang perempuan tengah sarat mengandung ni jalan kaki naik bukit turun bukit pergi kerja, ok... Dahla pakai high heels.. Kau mampu????



Sampai - sampai je apartment, terus check in.. Masuk bilik terus mandi, dan tido skejap before going out for lunch, sight seeing and grocery shopping..

To be continue...



You Might Also Like

0 ♥

Blog Archive