Resepi Kek Sarang Semut
12:04:00 PM
Semalam, sampai rumah awal sikit dari office.
So, i baked kek sarang semut uolls.
Actually that was my second attempt buat kek sarang semut. Previously i did with my mom but tak menjadi pulak. Kek nya masak tapi sarang semut nya tak ada. Haha...
So, yesterday I tried to make it again and thanks God..menjadiiii.. hahah...
Mula-mula cuak jugak sebab adunan kek sarang semut tu cair semacam je tapi i pasrah je masukkan dalam oven.
But then lepas tu i google-ed..rupa-rupanya adunan kek sarang semut tu memang cair. Baru rasa lega sikit. Hahahah...
Tadaaa...menjadi jugak akhirnya kek sarang semut i. Hewhewhew..
So, kat sini i nak share recipe untuk kek sarang semut ni. Jangan risau, senang de vas je.
Kek Sarang Semut (Ant's Nest Cake - bwahahaha..abaikan translation ni kalau korang dalam mood serious)
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung naik sendiri
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 4 biji telur
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 2 sudu kecil esen vanilla
- 100 gm marjerin/butter
- 1 cawan air masak
- 2 cawan gula perang (kalau nak guna gula pasir pun boleh tapi kena kurangkan sukatan kepada 1 1/4 cawan gula pasir - sebab nya gula pasir ni lagi manis dari gula perang)
Cara-cara (pre-heat oven @ 200 darjah celsius):
2. Ayak tepung naik sendiri + soda bikarbonat.
3. Di dalam bekas yang berlainan, pecahkan telur dan pukul sehingga kembang dan pekat. Selepas itu, masukkan susu pekat manis. Pukul perlahan.
4. Di dalam pan pula, goreng gula sehingga "hangus" dan cair. Lepas tu masukkan air sehingga gula larut dalam air tersebut. Sejukkan.
5. Masukkan marjerin/butter yang dicairkan tadi ke dalam adunan terpung + soda bikarbonat. Adun hingga sebati.
6. Masukkan telur + susu pekat manis.
7. Masukkan gula hangus tu tadi. Kacau rata. (Note: Adunan kek sarang semut ni memang cair)
8. Akhir sekali, tuang adunan ke dalam pan loaf. Perap adunan selama 1 jam. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 45 minit.
Amacam?? Senang kan step nak buat kek sarang semut ni.. Bahan-bahan pun tak banyak dan mudah didapati.
Selamat mencuba!!! *wink*
0 ♥